NADI x Nurture DILEA Webinar Berkala Matematik Edisi 2 Tingkatan 4 dan 5

22 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2025, Sabtu, NADI x Nurture DILEA Webinar Berkala Matematik Edisi 2 Tingkatan 4 dan 5 telah berlangsung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang bermula daripada pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang dan telah dihadiri oleh 6 orang pelajar sekolah menengah. Google Meet telah digunakan sebagai platform penyampaian kelas tersebut.

NADI x Nurture DILEA Webinar Berkala Matematik Edisi 2 Tingkatan 4 dan 5 ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar Tingkatan 4 memahami subjek Matematik dengan lebih mudah dan interaktif. Dalam kelas ini, pelajar didedahkan kepada kertas peperiksaan kertas 1 dan kertas 2 dalam menduduki ujian. Kelas ini juga diterangkan tentang cara cara menjawab soalan Matematik dengan mudah abgi setiap bahagian.

Melalui kerjasama ini, pelajar dapat mengukuhkan pemahaman terhadap cara penyelesaian menjawab soalan matematik dengan mudah. Ia juga bertujuan meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik melalui pembelajaran yang lebih santai namun berkesan. Program ini bukan sahaja menyokong pembelajaran akademik, malah membina semangat patriotisme dan kefahaman terhadap warisan negara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali